Berita - May 30, 2019
Tag:

Hendak seribu daya

Ram_900

Mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana berpuasa bukanlah menjadi halangan kepada pelari dan pejalan kaki yang tetap meneruskan aktiviti parkrun di bulan Ramadan. Namun pastinya ada perbezaan atau pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh pelari dan pejalan kaki, agar ibadah puasa tidak terganggu dan aktiviti parkrun dapat diteruskan di bulan Ramadan.

 

“Sebagai satu aktiviti yang baru setahun jagung di Putrajaya ini, kami tidak mensasarkan harapan yang tinggi bahawa kehadiran peserta adalah sama seperti sebelum ini,” kata Pengarah Acara Presint 18 parkrun, Aizat Taib.

 

“Walaupun begitu, kami tetap bersemangat untuk menyambut peserta komuniti di parkrun, seperti hari parkrunday yang biasa. Jumlah pelari dan pejalan kaki yang akan hadir bukanlah pengukur kepada kejayaan parkrun di mana-mana parkrun seluruh dunia,”

 

“Ramai bertanyakan berkenaan waktu parkrun dijalankan di bulan Ramadan. Adakah ia kekal dilaksanakan pada jam 7.30 pagi? Kami telah membuat pengumuman khas di media sosial berkenaan ini agar komuniti dapat bersedia. Malah, kami terharu dengan maklum balas oleh komuniti yang positif agar parkrun dapat diteruskan di bulan puasa ini,”

 

Selain memaklumkan kepada peserta, Presint 18 parkrun turut mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Putrajaya selaku pemilik laluan larian. Perbadanan Putrajaya turut mengharapkan agar komuniti Putrajaya dapat diberikan peluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berpuasa.

 

Aizat turut menceritakan pengalaman beliau semasa berlari di bulan puasa tahun lepas di Taman Pudu Ulu parkrun di mana beliau dan beberapa rakan pelari Queensville Rangers berjaya melakukan PB (Personal Best) walaupun berpuasa.

 

“Paling penting ialah tidak terlepas waktu sahur kerana itulah sumber tenaga untuk sepanjang hari.”

 

Risiko kecederaan dan kemalangan tetap ada sepanjang aktiviti parkrun di bulan Ramadan. Pengarah larian akan sentiasa mengingatkan peserta agar berlari atau berjalan kaki dengan selesa tanpa terlalu memaksa diri serta mengurangkan tempo larian daripada biasa jika perlu.

 

“Pesanan ini sebenarnya adalah sama sahaja seperti bulan biasa. Pengarah Larian akan sentiasa mengingatkan peserta bahawa parkrun bukanlah suatu acara perlumbaan. Anda hanya bersaing dengan diri anda sendiri,”

 

Di parkrun juga, menghormati kemampuan pelari dan pejalan kaki lain adalah satu budaya yang perlu diterapkan apatah lagi di bulan yang penuh kemuliaan. Sama ada anda ingi berlari atau berjalan pada bulan Ramadan ini di parkrun, kami tetap akan meraikan anda.

Kongsi bersama kawan:

61214800_859069554428305_8762192995664527360_o

June Volunteer Update

Welcome to this month’s volunteer update. Here is some of the key information for the coming period:   Technical support line Serious incident  line Australian Ambassador recruitment Replacement Automated External Defibrillators (AED) pads   1. Technical support line   The Technical Support line is there to assist teams with any challenges processing results. Australia: +61…

Ram_900

Hendak seribu daya

Mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana berpuasa bukanlah menjadi halangan kepada pelari dan pejalan kaki yang tetap meneruskan aktiviti parkrun di bulan Ramadan. Namun pastinya ada perbezaan atau pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh pelari dan pejalan kaki, agar ibadah puasa tidak terganggu dan aktiviti parkrun dapat diteruskan di bulan Ramadan.   “Sebagai satu…