Berita - September 4, 2019
Tag:

Platform Budaya Dan Nilai Kekeluargaan

halin_900

Garisan perjalanan minat saya terhadap seni beladiri memang telah ada dalam diri sejak kecil lagi, dilengkapkan dengan minat terhadap busana melayu tradisional yang bermula tahun 2011.

 

Manakala garisan perjalanan dunia larian saya hanya bermula sekitar tahun 2013. Kedua-dua garisan perjalanan ini telah bertemu dan pada acara Presint 18 parkrun, Putrajaya 15 Jun 2019 bersempena tema #parkrunraya, minat kepada kedua-dua perkara ini dapat diraikan bersama peserta parkrun yang lain.

 

Ternyata perkara ini amat menggembirakan saya apatah lagi saya berjaya menarik minat ramai peserta yang lain untuk turut serta kerana keunikan acara tersebut. Pada tarikh ini, peserta dan sukarelawan digalakkan memakai persalinan sempena Hari Raya Aidilfitri semasa acara berlangsung.

 

Acara parkrun pada saya merupakan acara bukan sahaja berorientasikan komuniti, malah ibarat perhimpunan sebuah keluarga yang besar. Berjumpa dengan wajah-wajah pelari dan sukarelawan merupakan satu refreshment setelah penat dengan kerja sepanjang minggu. Muka-muka baru pula adalah pencetus semangat untuk terus menggalakkan orang lain untuk turut serta dalam acara parkrun. Berlari sejauh 5km dengan persalinan tradisional melayu memang mencabar namun aspek keselamatan dan keselesaan tetap menjadi aspek utama. Ternyata kami semua yang berbusana melayu gembira sepanjang larian lebih-lebih lagi dengan hidangan juadah Aidilfitri di garisan penamat.

 

Saat ini sekali lagi adalah detik gembira buat saya kerana ramai yang berminat dengan persalinan tradisonal melayu yang saya gunakan. Daripada destar Mahkota Alam di kepala yang saya gunakan sehinggalah jenis-jenis ikatan sampin telah menjadi tarikan peserta-peserta lelaki. Dengan semangat kekeluargaan, saya telah berkongsi beberapa etika dan falsafah busana melayu termasuk mengajar cara mengikat sampin Ikatan Dendang Perantau dan Ikatan Teruna Mencari Jodoh.

 

Beberapa destar lain yang saya pinjamkan untuk sukarelawan juga menarik minat peserta lain. Dari tanjak Anjutan Bingas untuk golongan Pegawai Tentera, Andriguru Selebu untuk golongan Hulubalang/ketua tentera sehinggalah Getam Budu yang sinonim dengan rakyat Kelantan.

 

Sememangnya keunikan nama tanjak dan sampin ini turut juga menjadi tarikan kepada peserta parkrun yang lain untuk mengenal erti di sebaliknya.

 

Melalui pemakaian, orang melayu dahulu yang terkenal dengan sifat lemah lembut mampu menyampai maksud, hajat malah dapat menunjukkan asal usul serta jawatan atau jenis pekerjaan meraka. Falsafah inilah yang harus dijaga malah disemai semula dalam ganerasi kini yang semakin jauh malah lupa akibat ditelan arus permodenan.

 

Lebih menjadikan kebanggaan semua apabila busana ini kini digayakan oleh pelbagai bangsa dan etnik. Di parkrun semasa edisi raya ini, kita dapat saksikan komuniti berbilang kaum yang saling mengagumi tradisi masing-masing. Malah Run Director kami iaitu Wong Hsui Han dan Surendran Seeny turut mengambil kesempatan menggayakan baju melayu, segak dipadankan bersama tanjak dan sampin.

 

Falsafah dan seni halus bicara melayu melalui pemakaian ternyata membuka mata ramai rakan-rakan di parkrun pada tema kali ini. Terbukti jelas larian dengan tema hari raya ini telah menjadi titik tolak buat mereka yang baru mengenali seni halus bicara pakaian melayu. Seperti di awal bicara tadi, parkrun pada saya adalah aktiviti dengan semangat kekeluargaan. Acara ini bukan hanya sekadar memupuk budaya hidup sihat, namun elemen-elemen lain turut sama dapat diserap bersama acara parkrun. Selepas larian, acara turut diserikan dengan sesi beramah mesra, bermaaf-maafan serta jamuan dan sesi bergambar.

 

Ternyata parkrun adalah platform kecergasan dan kesihatan dengan nilai-nilai positif yang patut diwujudkan lebih banyak lagi di Malaysia. Jom parkrun!

 

Muhammad Shukri Zulkepli

Presint 18 parkrun, Putrajaya

Kongsi bersama kawan:

FB_Monica

Feedback from the Field

I was so fortunate to run with this parkrun last month.   It was the most enjoyable run, with the most amazing bunch of happy, friendly enthusiastic volunteers.   The temperature was expectly hot & humid & the course appeared complicated (the home parkrunners kept reassuring us that it is not). I was fortunate enough…

00

Merdeka Day Celebrations in parkrun Malaysia

Saturday 31st August 2019, Merdeka day, was one to remember for parkrun Malaysia.   Both our parkrun events at Taman Pudu Ulu and Presint 18, Putrajaya came together to celebrate Malaysian independence. The theme was to dress in the colours of the Malaysian flag, Jalur Gemilang, or other clothing that represented Malaysia, and many that…