Uncategorized - October 23, 2019
Tag:

Profil Sukarelawan

Yan_02

Minggu ini kami paparkan kisah inspirasi daripada Yan, salah seorang Pengarah Acara di Presint 18 parkrun, Putrajaya. Yan adalah seorang ibu yang menjadikan aktiviti berlari sebagai kaedah terbaik untuk menghilangkan stres dalam menguruskan keluarganya dan empat orang anak.

 

Perjalanan Yan bersama parkrun

Yan mengetahui berkenaan konsep parkrun semasa lawatannya ke UK bersama suami pada 2017. “Saya sedang mencari sesuatu yang memberikan pengalaman sebagai seorang warga tempatan dan di situlah saya mengetahui tentang parkrun.”

 

Walaupun telah berjaya mendaftar, atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dia tidak dapat menyertai parkrun di UK. Namun semasa tahun berikutnya, apabila mengetahui akhirnya parkrun dibuka di Malaysia di Taman Pudu Ulu.

 

“Tanpa berfikir panjang saya mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Saya disambut mesra oleh sukarelawan lain yang terkejut apabila mengetahui saya datang dari Putrajaya. Tugasan pertama saya ketika itu ialah sebagai finish tokens dan ia amat mudah dengan panduan yang ditunjukkan oleh sukarelawan yang lain. Dengan mudahnya juga saya mendapat ramai kawan baharu! Apa yang menarik minat saya tentang parkrun ialah bagaimana satu acara larian yang percuma dapat dilaksanakan setiap minggu dengan penglibatan komuniti setempat. Saya telah membayangkan ia dilaksanakan di sebuah taman riadah di Putrajaya….”

 

Sememangnya Yan dan rakan-rakannya berjaya melancarkan Presint 18 parkrun, Putrajaya enam bulan kemudian.

 

Perkara yang menarik minat Yan tentang parkrun

“Sebagai slow runner, ia ternyata memberikan kelebihan kepada saya untuk memahami mereka yang ingin mencuba untuk berlari tetapi segan jika berada di tempat terakhir. Saya sukakan parkrun kerana ia meliputi semua jenis keupayaan, bahawa ia adalah acara komuniti yang bersifat global dan ia percuma!”

 

Menjadi sukarelawan di parkrun juga memberikan bukan sedikit kepuasan malah mewujudkan semangat setiakawan. “Sukar dipercayai bahawa dalam keakraban ini, kami hanya saling mengenali kira-kira setahun yang lalu.”

 

Jika anda tertanya bagaimana Yan menjadikan parkrun sebagai sebahagian kehidupannya yang sentiasa sibuk, ini ulasannya: “Tiada istilah semuanya saya lakukan sendiri. Saya percaya kunci kepada sesuatu kejayaan ialah keinginan yang kuat terhadap apa yang kita suka disertai dengan sokongan padu oleh orang di sekeliling. Maka saya amat bersyukur dengan kawan-kawan yang saya kenali di parkrun serta sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh mereka, suami dan keluarga.

 

Kami sekeluarga juga dapat mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat dan berkenalan dengan keluarga pelari lain. Saya seronok dengan persaingan yang wujud antara suami dan anak sulung kami. Anak saya yang berumur lima tahun pula menyangkakan bahawa saya bekerja di parkrun!”

Kongsi bersama kawan:

FB_MY1311

Feedback from the Field

parkrun in Putrajaya was very amazing.   It was very interesting and funny! We love parkrun!   Marya Makarova

Mr Yap

Volunteer Profile

Mr. Yap is famous at Taman Pudu Ulu parkrun for his legendary smile, sunny personality and the mischievous glint in his eye.   A former mechanical engineer, now operating an independent real-estate business, Mr. Yap is married to Anne, featured in a recent parkrun Malaysia newsletter. A self-described ‘senior’ at parkrun, Mr. Yap has completed…