Berita - November 6, 2019
Tag:

Selamat Ulang Tahun Presint 18 parkrun

p18_ann_eng

Meriahnya acara parkrun ke-52 kali ini kerana ia adalah perayaan istimewa sempena ulang tahun pertama Presint 18 parkrun, Putrajaya. Kami tidak perasan bagaimana pantas masa berlalu sejak pelancaran acara pertama pada 3 November 2018.

 

Pasukan sukarelawan telah merancang persiapan beberapa minggu dari awal terutamanya idea konsep dan tema yang seharusnya diketengahkan pada acara kali ini. Cadangan tema telah dibuka kepada umum di Facebook dan tiga tema yang dicadangkan iaitu batik dan pelikat, topi dan warna neon (terang). Ternyata tema batik dan pelikat paling menarik perhatian apabila umum juga memberikan undian yang tinggi untuk tema ini.

 

p18_sign

 

Sukarelawan juga bergotong-royong untuk menghasilkan beberapa perhiasan kreatif. Hasilnya ialah papan hiasan berlatar belakangkan daun pisang (mujurlah ia tidak layu!) serta hiasan lantai di garis mula dengan menggunakan kapur.

 

p18_sq

 

Amat berbaloi usaha sukarelawan yang bersengkang mata untuk beberapa malam bagi menyiapkan papan hiasan ini. Juga hiasan lantai yang perlu dimulakan pada awal pagi semasa hari parkrun berlangsung. Syabas semua!

 

Selain perhiasan, sambutan juga tidak kurang dengan sesuatu yang mesti ada iaitu kek ulang tahun parkrun. Kek ulang tahun ini sengaja dibentuk dengan imej yang sama seperti kek yang dibuat semasa pelancaran setahun yang lalu.

 

p18_trad

 

Selain kek, sukarelawan lain juga bermurah hati menyumbangkan aiskrim, brownies dan minuman untuk dijamu kepada semua. Terima kasih diucapkan.Rata-rata pelari dan pejalan kaki masih setia menanti sehingga acara selesai sambil menghabiskan makanan masing-masing. Peluang juga digunakan untuk meluangkan masa beramah mesra dan berkongsi cerita sambil memberikan sokongan kepada pelari dan pejalan kaki yang sedang menuju ke garisan penamat.

 

Kepada 23 orang yang pertama kali menyertai parkrun pada hari ulang tahun pertama Presint 18 parkrun, Putrajaya – anda telah memilih hari yang bersejarah dan kami harap dapat berjumpa anda lagi!

 

p18_fem

 

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan yang telah memulakan dan menggerakkan Presint 18 parkrun, Putrajaya 12 bulan yang lalu (ya, anda tahu siapa anda) serta kesemua Pengarah Larian (Run Directors) untuk tenaga, masa dan semangat anda yang menjadikan acara riadah komuniti ini berlangsung setiap minggu.

 

Dan paling utama ialah syabas dan terima kasih kepada pelari dan pejalan kaki yang hadir setiap Sabtu untuk mencapai PB, mengaktifkan diri, bertemu dengan sahabat handai atau sekadar untuk minum kopi.
Untuk lebih banyak tahun-tahun menakjubkan akan datang di Presint 18 parkrun, Putrajaya!

Kongsi bersama kawan:

FB_MY1311

Feedback from the Field

parkrun in Putrajaya was very amazing.   It was very interesting and funny! We love parkrun!   Marya Makarova

Mr Yap

Volunteer Profile

Mr. Yap is famous at Taman Pudu Ulu parkrun for his legendary smile, sunny personality and the mischievous glint in his eye.   A former mechanical engineer, now operating an independent real-estate business, Mr. Yap is married to Anne, featured in a recent parkrun Malaysia newsletter. A self-described ‘senior’ at parkrun, Mr. Yap has completed…