Uncategorized - November 20, 2019
Tag:

Hanita Ahmad– Guru yang Ceria

harita_c

parkrun telah banyak mengubah cara hidup dan rutin mingguan saya ke arah yang lebih positif dan menggembirakan. Itu adalah suatu pernyataan yang saya kira amat benar bagi semua pelari-pelari taman di Presint 18 parkrun, Putrajaya. Suatu aktiviti yang dilingkungi aura-aura positif dengan nilai kekeluargaan yang sangat tinggi. Suasana larian yang sangat kondusif dan mengujakan.
Sebagai seorang guru dan pentadbir di sekolah, masa saya agak terhad dan saya jarang sekali berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah. Hujung minggu banyak dihabiskan dengan tugas-tugas sampingan seorang guru. Dalam kesibukan tersebut saya perlu mencari satu alternatif atau cara hidup sihat bagi memastikan tahap kesihatan saya berada pada paras yang terbaik dan akhirnya saya diketemukan dengan aktiviti parkrun.

 

Saya mula menjadi sebahagian daripada keluarga Presint 18 parkrun, Putrajaya sejak mula ia diperkenalkan. Bersama lebih 300 orang pelari lain pada hari pelancaran memberi satu keinginan yang luar biasa kepada saya untuk meneruskannya di minggu-minggu seterusnya. Setiap hari Sabtu selepas itu menjadi hari yang ditunggu-tunggu. Dalam usia 50-an jarak larian 5km dikira amat bersesuaian dan tidak membebankan. Saya menggunakan kesempatan yang ada untuk menjalani hidup yang sihat dan cergas.

 

harita_e

 

Presint 18 parkrun, Putrajaya secara khususnya diuruskan oleh sekumpulan anak-anak muda yang sangat bertenaga dan penuh berdedikasi. Kesemua Pengarah Larian (RD) yang bertugas setiap hari Sabtu dilihat memberikan komitmen yang sangat padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Kegigihan dan semangat anak muda ini amat saya kagumi. Mereka adalah generasi yang akan meneruskan kesinambungan gaya hidup sihat di negara kita. Walaupun masing-masing mempunyai tugas hakiki yang lain tetapi setiap Sabtu parkrun dapat diuruskan dengan jayanya dengan sokongan dan kerjasama padu oleh komuniti.

 

Dalam setiap larian saya tidak begitu mementingkan masa yang dicatatkan tetapi saya lebih menikmati suasana hijau sepanjang larian. Putrajaya mempunyai lokasi larian yang sangat kondusif dan indah. Sepanjang larian saya pasti tidak terasa keletihannya kerana pemandangan yang indah, tasik yang tenang dan warna hijau yang menyamankan. Semua ini menjadikan larian sangat mudah dan menggembirakan..

 

Seperkara lagi yang sangat menarik tentang Presint 18 parkrun, Putrajaya ini adalah kehadiran keluarga dengan anak-anak yang masih kecil. Keceriaan sentiasa jelas terbayang dalam keluarga tersebut sehingga ada kanak-kanak seawal usia 5-6 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan larian bersama keluarga masing-masing. Sukarelawan parkrun terutamanya Run Director sentiasa mengingatkan ibu bapa agar sentiasa berada bersama-sama anak masing-masing sepanjang larian bagi memastikan keselamatan mereka.

Beberapa bulan selepas Presint 18 parkrun, Putrajaya dilancarkan, saya menawarkan diri menjadi sukarelawan bermula dengan tugas mengedarkan token. Ia adalah tugas yang mudah dan saya seronok melakukannya dan saya teruskan untuk bertugas pada minggu berikutnya. Sehingga kini sayasudah bertugas sebagai penjaga masa, marshal, pengimbas barkod, jurukamera, dan tailwalker. Semua tugas-tugas ini saya lakukan dengan penuh kerelaan dan saya amat gembira melakukannya. Bertugas sebagai sukarelawan di Parkrun P18 Putrajaya telah memberikan saya satu kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Saya menjadikan tugas atau khidmat sebagai sukarelawan sebagai satu sumbangan saya kepada masyarakat dan negara. Saya tidak sabar untuk mencapai milestone 25 kali sebagai sukarelawan parkrun dan memiliki kemeja-T ungu dari parkrun.

 

Ada ketikanya kawan-kawan saya sering bertanya kenapa saya sentiasa berada di Presint 18 Putrajaya untuk parkrun pada setiap hari Sabtu sedangkan jarak rumah saya dan Putrajaya agak jauh. Apa yang dapat saya katakan ialah parkrun membuatkan saya merasa sense of belonging setiap kali berada di sana dan sama-sama menjayakannya. Suasana kekeluargaan dan berjumpa dengan orang-orang baru pada setiap minggu sangat mengujakan. Rata-rata semua yang turut serta dalam acara parkrun ini sangat mesra dan bersemangat untuk menghabiskan larian.
Harapan saya di masa hadapan agar saya berpeluang menyertai acara parkrun di negara-negara seperti Singapura, Jepun, UK, New Zealand dan lain-lain. Saya ingin merasai suasana larian yang berbeza dengan komuniti yang berbeza atau mungkin berpeluang menjadi sukarelawan di sana. Saya juga berharap aktiviti parkrun akan sentiasa menjadi pilihan warga Putrajaya khususnya dalam menjalani gaya hidup sihat bersama keluarga.

 

Terima kasih Preint 18 parkrun, Putrajaya kerana telah mengubah hidup saya setiap hujung minggu ke arah yang lebih sihat, ceria dan bermanfaat.

Kongsi bersama kawan:

Shaari Hashim

Feedback from the Field

We wish to thank all volunteers for facilitating our running today at Presint 18 parkrun.   Can’t wait for another parkrun Day!   ‎Shaari Hashim

HILL-TRAINING

Introducing: Hill Training

In our four-part training series, we’ll be introducing some of the training methods you can use to help you improve your running and your parkrun PB, whilst showing how a couple of tweaks to your mid-week training can help you become a more confident runner, whatever your aspirations!   In this instalment, we’re discussing Hill…